Followers

Wednesday, June 18, 2014

Lirik Arjuna Beta - Fynn Jamal


Korang kenal Fynn Jamal? Sejujurnya aku pernah dengar nama dia lama jugak, paling tidak pun tahun lepas. Tapi tahu gitu-gitu je lah. Masalahnya tentang orang Malaysia, terutamanya orang Melayu, ni suka benar dengar dan sebar hal-hal yang kurang elok sebahagian masanya. Ya, khabar tentang Fynn Jamal ni mula-mula memang 'kusam' je yang aku dengar macam 'Fynn Jamal over', 'Fynn Jamal Melenting', 'Fynn Jamal Syok Sendiri' dan macam-macam lagi yang kalau tuan empunya diri dengar mesti rasa kelat nak telan sendiri. 

Tapi ada satu ketika aku tertarik dengan dia sebab dia sangat pandai mengarang ayat puitis yang enak betul dibaca. Dia ada bakat dalam itu. Kemudiannya aku dengar tentang anak dia si kecil comel Bakti Arjuna Fitri. Tentang kisah kesihatannya dan status si anak kecil itu di samping Fynn Jamal dan suami.

Kemudian, aku terdengar lagu 'Arjuna Beta' dekat TV3. Googled sikit tentang lagu tu. Jumpa dekat Youtube. Terus melodi dengan liriknya yang cukup indah tu terperangkap dalam kepala berhari-hari. Nampak pulak video Kak Fynn Jamal nyanyi secara live dan menangis. Tersentuh pula hati. Lagu ni dia tulis memang untuk Juna, kalau tidak silap. 

Indah seni katanya dan melodi lagu tersebut. Lupakan segala kontroversi beliau yang orang api-apikan sebelum ini. Nikmati sahaja lagu tu. Amati bait-bait liriknya tentang kasih seorang ibu dekat anak yang sangat mendalam. Ramai juga yang kata bila dengar lagu tu teringat tentang nasib anak kapal dan penumpang MH370. Jom berkongsi rasa itu, dengarkan lagu Arjuna Beta ini. 


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...