Followers

Monday, April 7, 2014

Budak Kecil Datang Melawat Office!


Yeayyyyy tengok ni siapa datang office! hehehe budak ni dah lama duk tunggu-tunggu hari tu dia datang juga. Putra ni anak budak office, nama adik dia Anggun kecik lagi so ayah dia tidak bawaklah waktu nak ambil mak dia balik kerja. 



COMEL gila kan???



Macam nak picit-picit je pipi tu kalau boleh heh. Masa ni dia tengah 'terkejut' first time masuk office tengok ramai orang kan. So dia belum 'panas' lagi. Terkebil-kebil orang-orang tarik dia nak ajak bergurau.



Bila nak balik tu bawak pergi area depan jalan-jalan sikit nak warm up katanya kan. Kasi dia duduk dekat area sofa tu hah terus dia nak mula berjalan. 






Haaaaa bila enjin dah cukup panas n selesa baru dia mula gurau-gurau ketawa. Budak ni jadi perhatian masa tu. Semua orang daripada department Marketing sampailah ke Customer Service semua kejar dia. Kalau aku ada anak sedara comel macam ni hari-hari selit dalam beg bawak pergi office. Bukan untuk tayang dengan niat 'tengok aku ada anak buah gila cute, kau aderrr??' semata-mata tapi boleh jadi pengubat stress bila tengok serabut kerja. Hahahaha



Before dia mula nak berjalan-jalan tuk kasi makan popcorn daripada Planet Popcorn order daripada Foodpanda Malaysia dulu. Sejenis umpan lah kan. Budak-budak bila kita nak tarik perhatian mesti kasi something, ye idok? Masa tu pertama kali beli daripada Foodpanda. Order online ramai-ramai masa ni tidak sampai 40 minit kot terus sampai. Sekejap boleh tahan kan? Padahal mula-mula dia kata satu jam. Buat snek makan kudap-kudap dekat office tu. Pelbagai jenis flavour kita beli daripada choc, caramel, green tea sampai ke wasabi. Wasabi tu aku punya n sedap gilaaaa! Tidak menyesal beli. Kalau nak tahu Foodpanda ni tempat untuk kita order makanan secara online tahu. Macam-macam jenis makanan daripada pelbagai restoran atau kedai boleh kita beli bergantung dengan kawasan kita. Cakap je daripada Chinese food, pizza, Chatime, popcorn, sushi, Starbucks semua ada lah. Kalau tidak percaya pergi tengok! ;)

2 comments:

  1. comel nya baby boy nie...pandai betul parents dia kasi dress up..follow sini^^

    ReplyDelete
  2. Salam.. terbaca post lama berkenaan Siti Nurhaliza in Symphony, ada lebih tak buku konsert tu?kalau ada nak minta beli. terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...